USAHASAMA MANHAJJ MUTAWWIF, UITM SARAWAK & KERAJAAN NEGERI SARAWAK

Kerjaya sebagai Mutawwif dan Mutawwifah merupakan satu tugas yang amat mulia di sisi Allah swt kerana mereka merupakan pengendali / pengiring bagi tetamu Allah untuk beribadat di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Justeru, Manhajj Mutawwif tampil menganjurkan PROGRAM KURSUS MUTAWWIF/MUTAWWIFAH “PROFESIONAL CERTIFICATE” untuk graduan-graduan UITM Sarawak dan kakitangan kerajaan Sarawak bagi membuka peluang kepada mereka menceburi bidang ini. Kewujudan program ini merupakan satu aspirasi baru yang bakal memberikan suatu impak yang cukup besar kepada kebolehpasaran graduan-graduan UiTM Sarawak dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Sarawak malah telah membuka satu sinar dan peluang baru kepada mereka dan kakitangan kerajaan Sarawak di dalam dunia kerjaya.

Leave a Reply