Umrah Travel Guideline

TIPS BERBELANJA SEMASA DI TANAH SUCI
1. Buat senarai barang yang diperlukan. Beli yang perlu dan bukan mengikut hawa nafsu.
2. Gunakan sedikit bahasa Arab biasa supaya peniaga tidak meletakkan harga terlalu tinggi.
3. Pastikan barang yang dibeli tidak melebihi had maksimum.
4. Jemaah wanita tidak digalakkan masuk terlalu dalam ke kedai untuk menghindari perkara yang tidak diingini berlaku.
5. Jemaah wanita juga tidak digalakkan untuk mengenakan pakaian yang ketan atau berhias kerana boleh menarik perhatian.
6. Membuat tawaran harga. Namun perlu berhati – hati terhadap barang tiruan.
7. Membuat perbandingan harga antara kedai – kedai.
8. Jubah perempuan disarankan beli di Madinah sebab design yang cantik dan harga jauh lebih murah.
9. Jubah lelaki disarankan beli di Makkah sebab harga lebih murah.
10. Ingat matlamat asal untuk beribadat.

TIPS KESIHATAN UNTUK BAKAL JEMAAH
1. Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk, bersin, atau selepas bersalaman.
2. Jika mengalami gejala demam, batuk atau kesukaran bernafas, dapatkan rawatan dari fasiliti berhampiran di sana.
3. Jika kurang sihat, hadkan pergaulan dengan individu sihat di sekeliling anda bagi mengelakkan dari berlaku penularan jangkitan kepada mereka.

TIPS UMRAH UNTUK WANITA
1. Ketika tawaf :
a) Pakai seluar di dalam jubah.
b) Pakai kasut bersih khas untuk tawaf.
c) Jalan secara mengiring ketika hendak masuk pusingan tawaf atau keluar dari tawaf.
d) Sekiranya berseorangan melakukan tawaf , pergi ke tingkat 1 untuk mengelakkan kesesakan (namun pusingan tawafnya agak jauh).
e) Bagi yang sudah uzur atau tidak sihat, boleh upah pekerja di Masjidil Haram untuk bantu tolak ketika menggunakan kerusi roda. Ada bayaran dikenakan.
2. Ketika saie :
a) Pakai seluar dalam jubah dan berkasut.
b) Juga boleh menggunakan kerusi roda atau motor. Di tingkat atas ada disediakan motor khas (lebih kurang ATV). Ada bayaran dikenakan.
3. Pakai niqab untuk mengelakkan debu pasir masuk ke lubang hidung atau mulut serta untuk menjaga kehormatan diri.
4. Bawa beg kasut.

Leave a Reply