Umrah General Info

Definisi umrah :-
Bahasa : berziarah atau mengunjungi
Istilah : mengunjungi ke baitullah di Mekah dengan berihram umrah untuk mengerjakan tawaf, saie dan lain-lain rukun serta wajibnya
Hukum umrah :-
Umrah diwajibkan keatas semua orang Islam, yang telah memenuhi syarat, sekali dalam seumur hidup dan disunatkan mengerjakannya berulang-ulang kali.

Firman Allah :
وأَتِمُّوا آلْحَجَّ وآلْعُمْرَةَ لِلَّه تَعَالَى
Waatimmul hajja wal’umrata lillahi taala
Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah

Syarat wajib umrah -:
1) Islam
Orang yang bukan Islam, termasuk juga murtad tidak wajib dan tidak sah melakukan umrah.
2) Merdeka
Tidak wajib bagi hamba mengerjakan umrah tetapi sah dan mendapat pahala jika dilakukan.
3) Berakal
Tidak wajib bagi orang gila dan ibadah umrahnya juga tidak sah jika dilakukan.
4) Baligh
Tidak wajib bagi kanak-kanak mengerjakan umrah tetapi sah dilakukan.
5) Berkuasa (Mampu)
Berkuasa bermaksud dapat menunaikan umrah bersendirian ataupun berkuasa mengerjakannya dengan pertolongan orang lain (badal umrah).
Berkuasa juga bermaksud:
Ada bekalan dan perbelanjaan yang halal tanpa menjual harta dan berhutang untuk mengerjakan umrah.
Ada perbelanjaan yang ditinggalkan untuk keluarga.
Ada kenderaan pergi dan balik. Ini juga merujuk kepada tambang perjalanan.
Mengerjakan umrah dalam keadaan aman.
Sihat tubuh badan untuk mengerjakan umrah
Mempunyai masa dan tidak bertangguh untuk melakukan umrah.
Syarat-syarat tambahan ini bukanlah bertujuan untuk menyusahkan jemaah yang akan mengerjakan umrah, tetapi ia bertujuan untuk memberikan kelegaan dan kesenangan untuk beribadah tanpa perlu memikirkan hal-hal yang boleh menganggu ibadah semasa di Makkah dan Madinah.
Syarat-syarat tambahan ini juga mungkin berubah bergantung kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan ianya mesti dipatuhi oleh jemaah yang ingin mengerjakan umrah.
Hukum umrah :-
Umrah diwajibkan keatas semua orang Islam, yang telah memenuhi syarat, sekali dalam seumur hidup dan disunatkan mengerjakannya berulang-ulang kali.

Firman Allah :
وأَتِمُّوا آلْحَجَّ وآلْعُمْرَةَ لِلَّهتَعَالَى
Waatimmul hajja wal’umrata lillahi taala
Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah

Rukun umrah :
– rukun yang wajib dilakukan dan sekiranya rukun tertinggal, umrah dikira tidak sah.
1. Niat
2. Tawaf
3. Saie
4. Bergunting / bercukur
5. Tertib

Perkara wajib umrah :
1. Berihram di Miqat
2. Meninggalkan larangan dalam ihram

Dam
Denda atau kifarah yang diwajibkan ke atas seseorang yang meninggalkan perkara yang diwajibkan semasa mengerjakan umrah atau melanggar salah satu larangan ihram. Terbahagi kepada empat :
1. Dam Tertib dan Taqdir
2. Dam Tertib dan Ta’dil
3. Dam Takhyir dan Ta’dil
4. Dam Takhyir dan Taqdir

Leave a Reply