SYARAT – SYARAT PENDAFTARAN PAKEJ UMRAH MANHAJJ

1. PENEMPAHAN PAKEJ
a. Wang pendahuluan hanya RM 1,000 seorang. Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh penerbangan.
b. Pembayaran terus kepada : MANHAJJ MUTAWWIF UMRAH & HOLIDAYS SDN. BHD.
MAYBANK NO AKAUN : 564 294 316 041
c. Kanak – kanak berumur dibawah 02 tahun hanya dikenakan cukai insurans dan visa (lebih kurang RM 2,000).
d. Kanak – kanak berumur 03 – 05 tahun, pengurangan sebanyak RM500 daripada harga pakej dewasa.
e. Kanak – kanak berumur 06 – 11 tahun, pengurangan sebanyak RM200 daripada harga pakej dewasa.
2. PAKEJ UMRAH ANDA ADALAH TERMASUK
a. Tiket penerbangan kelas ekonomi.
b. Cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
c. Menguruskan permohonan visa umrah bagi warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi.
d. Penginapan, makan dan minum seperti yang dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara.
e. Segala lawatan di dalam surat pengesahan aturcara (kecuali ziarah pilihan).
f. Umrah 3 kali bersama mutawwif.
g. Beg pakaian besar & kecil, beg passport, telekung/kain ihram dan buku panduan umrah (tidak boleh dikembalikan).
h. Pelan insuran berkelompok.
**Untuk keterangan lanjut mengenai insuran, sila rujuk…
i. Tertakluk kepada pihak berkuasa Arab Saudi, setiap Jemaah (kecuali bayi) akan menerima 5 liter air zam-zam secara percuma. Walau bagaimanapun, Manhajj Jejak Mutawwif Global tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia.
3. PAKEJ UMRAH ANDA TIDAK TERMASUK
a. Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
b. Penggantian bagasi/barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
**Untuk keterangan lanjut mengenai elaun bagasi sila rujuk kepada syarikat penerbangan.
c. Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.
d. Tambahan caj visa bagi Jemaah bukan warganegara Malaysia.
e. Makan minum semasa transit melainkan dinyatakan.
f. Bagi Pakej Umrah Ziarah Amman, tidak termasuk caj transit visa Amman (tertakluk kepada arahan pihak berkuasa Jordan)

4. PEMBATALAN/ SURCAJ PEMBATALAN PAKEJ
Permohonan pembatalan tertakluk kepada perkara 3.1 dan 3.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut :
PERKARA 4.1 :
Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, bayaran pentadbiran minimum sebanyak RM100.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.
PERKARA 4.2 :
22 – 44 hari bekerja sebelum berlepas : Perlucutan deposit pelancongan
15 – 21 hari bekerja sebelum berlepas : 35% daripada tambang
pelancongan
08 – 14 hari bekerja sebelum berlepas : 50% daripada tambang pelancongan
03 – 07 hari bekerja sebelum berlepas : 75% daripada tambang pelancongan
02 hari bekerja atau kurang sebelum berlepas : 100% daripada tambang pelancongan
Caj Tambahan Jika Perlu:
i. Bayaran visa penuh, sekiranya urusan visa telah dibuat.
ii. Bayaran RM 300.00 sekiranya beg atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan asal semasa ia diserahkan kepada anda
iii. Bayaran tambahan mengikut caj syarikat penerbangan sekiranya anda menukar tarikh dalam tempoh 60 hari sebelum penerbangan atau setelah urusan penempahan tiket dilakukan.
5. PENGAKUAN PEMOHON
a. Bahawa saya mematuhi segala syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat ini dari masa ke semasa.
b. Sekiranya saya membatalkan pemergian saya tanpa sebab-sebab yang munasabah, setelah segala urusan pembayaran serta penginapan saya selesai dibuat, saya bersetuju dikenakan tuntutan gantirugi ke atas saya mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak Manhajj Jejak Mutawwif Global. (Rujuk Perkara 4)
c. Bahawa saya bersetuju membayar muatan barang yang lebih dari had yang ditetapkan oleh pihak penerbangan. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab terhadap lebihan muatan.
d. Bahawa saya bersetuju sekiranya sebarang lawatan perjalanan, makan atau perkhidmatan yang disediakan tidak saya gunakan, maka bayaran tersebut tidak akan dituntut kepada Manhajj Jejak Mutawwif Global.
e. Saya juga bersetuju untuk membayar segala perbelanjaan tambahan sekiranya ada perkhidmatan dan lawatan tambahan diluar dari pakej perjalanan yang disediakan.
f. Bahawa saya bersetuju untuk membayar segala perbelanjaan tambahan sekiranya saya sakit dan terpaksa menggunakan ‘stretcher’ ketika penerbangan balik ke Tanah Air.
g. Bahawa saya bersetuju dan berjanji tidak akan mengambil apa jua jenis dakwaan, tindakan, tuntutan atau pampasan gantirugi ke atas perkara yang berlaku seperti kelewatan, kehilangan, kebakaran atau apa jua jenis kesusahan, kesulitan, ketidakselesaan termasuk perkara-perkara yang berlaku disebabkan bencana alam,
banjir, ribut, gempa bumi, rusuhan, peperangan dan seumpamanya yang dialami dalam masa perjalanan pergi dan balik sama ada melibatkan kecederaan tubuh badan atau harta benda saya.