Manhajj Travel Protection

Insuran Pengembaraan

Semua Peserta yang berhasrat untuk mengambil insuran penerbangan boleh berurusan sendiri atau mewakilkan kepada kami. Kami mencadangkan insuran tersebut adalah meliputi kemalangan diri, rawatan, perlindungan kecemasan yang tidak terhad, elaun harian hospital, perlindungan bagasi, kelewatan bagasi, kehilangan kewangan dan dokumen, liabiliti diri, penangguhan pelancongan dan pembatalan.

Pihak MANHAJJ MUTAWWIF atau wakil tidak akan berlepas diri dalam membantu setiap peserta terhadap sebarang permasalahan yang dihadapi. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan pihak MANHAJJ MUTAWWIF tidak dapat bertanggungjawab sepenuhnya sebagaimana berikut:-

*Kecederaan, kehilangan, kerosakan, kematian penangguhan kos tambahan sama ada secara langsung atau tidak langsung berikutan berlakunya perkara di luar jangka seperti peperangan, keganasan, bencana alam, gangguan cuaca, takdir Tuhan, kegagalan jentera dan peralatan dan sebagainya yang menyebabkan lawatan tidak berjalan sebagaimana di dalam program.