Kursus Umrah Bersama Mutawwif Ahmad

Kursus Umrah Bersama Mutawwif Ahmad, juara Realiti TV Pencarian Mutawwif Terunggul yang ditayangkan di Astro Oasis dan Maya HD ini telah menarik minat guru dan pelajar untuk bersama Manhajj Mutawwif dalam memberi bimbingan ibadah umrah. Kursus yang dijalankan pada 25 Julai 2018 bertempat di Sekolah Menengah Pendidikah Khas Vokasional, Kuantan merupakan projek pilot untuk dibawa kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disamping memberi peluang kepada Manhajj Mutawwif untuk bersama warga pendidik dan kakitangan kerajaan sekaligus menerap keinginan untuk menunaikan ibadah umrah dalam diri anak – anak muda.

Leave a Reply