Fare Rules

1)Tempahan dan Deposit

Deposit yang dikenakan ialah sebanyak RM300 sahaja melalui laman web ini. Selepas Program ini berakhir, deposit akan kembali seperti biasa sebanyak RM300.00 dimana hendaklah dijelaskan ketika peserta mengisi borang pendaftaran. Bayaran penuh hendaklah dibuat 30 hari sebelum berangkat atau 7 hari setelah mendapat pengesahan, kegagalan menjejaskan bayaran mengikut ketetapan menyebabkan tempahan dibatalkan beseta bayaran deposit terhapus.

2)Pembatalan

2.1. Peserta hendaklah memohan secara bertulis untuk pembatalan penyertaan bagi mengelakkan salah faham. Sekiranya pihak MANHAJJ MUTAWWIF menerima pebatalan 30 hari sebelum berlepas, bayaran RM50.00 seorang dikenakan. Bayaran ini tidak termasuk kos yang melibatkan bayaran tiket penerbangan, hotel, visa dan Operasi Luar Negara/Negeri yang mesti ditanggung oleh penempah.

2.2. Pembatalan yang dibuat kurang dari 30 hari dari tarikh berlepas, bayaran setiap peserta adalah sebagaimana jadual berikut:

TEMPOH PEMBATALAN BAYARAN
Melebihi 30 hari RM50.00
Antara 15 hingga 30 hari 50% dari bayaran deposit
Antara 8 hingga 14 hari 40% dari harga Pakej
Antara 7 hingga hari berlepas 100% dari harga Pakej
2.3. Polisi Pembatalan oleh Syarikat Penerbangan yang melibatkan Tambang Promosi tidak termasuk di dalam jadual 2.2. Tiket penerbangan tertakluk kepada Syarat –Syarat Syarikat

Penerbangan yang mungkin melibatkan tiket penerbangan non-endorsable, non-reissuable, non-refundable. Sebarang pembayaran yang melibatkan pindaan tiket penerbangan mestilah ditanggung oleh peserta.

3)Pembatalan oleh Syarikat

Pihak MANHAJJ MUTAWWIF berhak untuk membatalkan perjalanan sekiranya terdapat perkara yang di luar kuasa seperti peperangan, bencan alam, amaran Kerajaan Malaysia dan sebagainya. MANHAJJ MUTAWWIF berhak untuk menukar ke destinasi lain dengan persetujuan peserta. Sekiranya tiada persetujuan peserta, MANHAJJ MUTAWWIF akan memulangkan kembali bayaran dengan ditolak kos pengurusan yang telah digunakan oleh MANHAJJ MUTAWWIF.

4)Pakej Perjalanan

Setiap pakej yang ditawarkan meliputi perkara berikut:

Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi termasuk cukai lapangan terbang dan insuran penerbangan.
Hotel atau apartmen yang 4 – 6 sebilik. Permintaan untuk harga 1,2 &3 sebilik ditawarkan berasaskan permintaan dan kekosongan bilik berkenaan.
Harga tidak termasuk khidmat penggunaan peribadi seperti Porter, dobi, telefon hotel, tips dan lain-lain.
Hidangan makan, pengangkutan darat disediakan sebagaimana dalam atur cara.
Pakej Khas (individu atau berkeluarga) akan diatur jadual khusus dengan harga berbeza.

5)Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan

Perkhidmatan yang tidak digunakan oleh Peserta seperti tiket penerbangan, penginapan, sajian makanan, lawatan dan lain-lain tidak akan dikembalikan wang atas apa-apa alasan sekalipun.